BIODATA
NAMA : Haji Mat Hassan Panglima Munas
GELARAN Lain : Tok Janggut
TAHUN LAHIR : 1850
TEMPAT LAHIR : Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan.
TAHUN KEMATIAN : 1915 (berusia 65 tahun)
SUMBANGAN : Pejuang Kebebasan Kelantan
➢ Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
FAKTOR PENENTANGAN
British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak dibandar. Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh
PERISTIWA PENENTANGAN
Sarjan Che Wan dihantar untuk menangkap Tok Janggut yang gagal untuk membayar cukai tetapi Che Wan ditikam. Angkatan Tok Janggut menyerang Pasir Putih dan serangan tersebut berjaya. serangan tersebut meyebabkan Pasir Puteh diisytiharkan bebas dari British. Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad menjadi Raja di Pasir Putih manakala Tok Janggut pula menjadi Perdana Menteri. British menawarkan sebanyaj RM500 untuk menangkap Tok Janggut. British juga membakar kampong beliau dan Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut.
KESAN
Tok Janggut terkorban dan mayat beliau digantung sonsang. Mayat Tok Janggut dikebumikan di Pasir Pekan.
KEMATIAN
Jenazah Tok Janggut *dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut. Jenazah tok janggut digantung *Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris. *Penduduk tempatan mahukan Tok Janggut dihormati.
MAKAM
Makam Tok Janggut di Pasir Pekan. Di sinilah Tok Janggut disemadikan setelah* Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang di Pasir Pekan. Foto dirakam pada awal Jun 2008. Kawasan di mana jasad Tok Janggut dikebumikan bukanlah tanah perkuburan. Beliau ditanam bersendirian, jauh dari orang lain, di dalam sebuah liang lahad tanpa nisan (sehingga seseorang membuat keputusan untuk meletakkan sesuatu di kuburnya) jenazahnya di gantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. Jenazah Tok Janggut *dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nisan tertulis nama ,tarikh lahir,dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca,air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula di tabur. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan , Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur ,sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutama di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam islam. Sebelum ditimbus,siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN TOK JANGGUT
Haji Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut merupakan salah seorang ulama islam yang pertama menentang kuasa asing di Kelantan. Beliau telah menjalankan perjuangan menentang Inggeris di Kelantan kerana melalui Perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok) Kelantan diserahkan kepada kuasa Siam. Antara perjuangan beliau ialah menyerang Pasir Puteh yang dikawal oleh seorang pegawai yang bernama Che Abdul Latif. Perjuangan ini juga dibantu oleh Engku Besar Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak. Sebelum melakuan serangan tersebut iaitu pada 29 april 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh. Mereka hanya menduduki di Pasir Puteh selama 3 hari , memusnahkan pejabat kerajaan , menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Dengan strategi ini , mereka berjaya menguasai Pasir Puteh dan Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja manakala Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.
Perjuangan dan peranan seterusnya yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan Che Wan. Sarjan Che Wan merupakan seorang pagawai British yang sangat berpengaruh. Dia juga merupakan salah seorang pegawai yang zalim dalam menindas rakyat dan memaksa mereka membayar cukai. Hal ini demikian menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik Latiff mengeluarkan waran untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan menbuat mesyuarat sulit untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu pertempuran antara British dan pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok Janggut berjaya menbunuh Sarjan Che Wan yang selama ini menindas rakyat tempatan Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan peperangan sebenar antara Inggeris dan Tok Janggut.
Selain itu , Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan ideologi yang disebarkan oleh pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai perang saraf. Dalam perang ini Pegawai Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff telah menghantar beberapa pegawai untuk memburukan nama Tok Janggut dan pengikutnya di kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi semasa dan generasi yang akan datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya penderhaka dan pengkhianat Negara dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok Janggut menganbil tindakan segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff atas penbuatan beliau dan menyerang pegawai- pegawai British yang terlibat dalam perang saraf.
Peranan ketiga Tok Janggut adalah beliau menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang penjajahan kuasa asing. Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu agama di Makkah. Guru beliau iaitu Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan tanah air yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau menyebarkan ilmu ini kepada penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang terkenal di Tanah Melayu.
Peranan dan perjuangnan terakhir Tok Janggut adalah terlibat dalam misinya mempertahankan Kelantan dalam serangan Saring. Atas nama Sultan Kelantan , British telah membawa masuk tentera daripada Negeri – Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S Cadmus dan memulakan serangan di Saring. British berjaya dalam serangan tersebut dan melumpuhkan perjuangnan Tok Janggut dan pengikitnya. Peristiwa yang menyedihkan ialah Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut , mayatnya diarakan ke seluruh Pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang. Apa pun peristiwa ini membangkitkan perasaan menentang British dan perjuangan yang selama ini dilakukan oleh Tok Janggut diteruskan.
KESIMPULAN
Pejuang-pejuang kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat beberapa tokoh yang boleh dijadikan contoh atau idola buat generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan, rintangan, dan penat lelah mereka berbakti untuk negara wajar diteladani.
Menyorot kembali kepada sejarah perjuangan kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu), mahu tidak mahu ianya menjurus kepada membincangkan berkenaan perihal kehebatan penentangan tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Tok Kenali dan Mat Kilau. Hakikatnya, pada ketika itu, kebanyakan penduduk Tanah Melayu tidak secara terang-terangan memikirkan untuk bebas daripada kepompong penjajah.
Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat individualistik. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau cenderung kepada kelompok kecil yang diwakilinya, bukannya untuk bangsa Melayu khususnya. Meskipun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini menuju kepada jalan buntu gara-gara kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) serta dipalit dengan masalah komunikasi yang tidak menentu, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih jitu serta memberi momentum yang baik terhadap proses kemerdekaan tanah air.
Perlu diingatkan, kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang boleh dicapai dengan sekelip mata. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang. Kisah penjajahan negara yang penuh dengan onak dan duri ini sepatutnya dijadikan tauladan dan juga keinsafan yang mendalam. Kesedaraan terhadap strategi licik penjajahan era moden ini memungkinkan kita akan dijajah kembali biarpun kita tidak lagi dijajah dari segi fizikal namun sebaliknya, jika kita terus alpa dek dunia tanpa sempadan kini, tidak mustahil suatu hari nanti akan terus terbelenggu oleh penjajahan mental dan juga terdedah kepada pelbagai lagi jenis penjajahan yang rumit dan kompleks pada masa akan datang.
PENGHARGAAN
Beryukur kami ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan blog Pengajian Malaysia ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, kami ingin berterima kasih akan pensyarah kami Puan Ribhan Binti Ibrahim kerana telah memberikan tunjuk ajar yang begitu mendalam semasa proses penyiapan blog ini. Selain itu, tidak lupa juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana dapat memberi kerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan tugasan blog ini dengan sehabis baik. Oleh hal yang demikian, tugasan ini juga dapat memberi sedikit sebanyak penambahan terhadap ilmu pengetahuan kami. Akhir kata, kami berharap semangat kerjasama ini akan terus dipupuk dalam diri kami. Sekian terima kasih.
RUJUKAN
- http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/tok-janggut.html
- http://tokjanggut2015.blogspot.my/2015/03/biodata-tok-janggut.
- htmhttp://historycomiteesmkcs.blogspot.my/2012/04/sejarah-perjuangan-tok-janggut.
- http://mujahidinfisabilillah.blogspot.my/2009/10/tok-janggut-pejuang-jihad-kemerdekaan.html
- Buku Pengajian Malaysia edisi ke5 terbitan Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin
No comments:
Post a Comment